Tahu apa itu LIGHT BOX?

Assalamualaikum dan salam sejahtera , :)
Stiki pun tahu bagi salam tahu. hahaha. Ha sekarang topik yang nak dibincangkan oleh kami adalah tentang perkakasan yang penting dalam pembikinan Silk Screen Printing. ha, itu tajuknya, bukan senang nak senang, tapi tak susah nak senang . so sekarang ramai tanya kami , " macamana korang timbulkan design kau yang complicated tu atas block? kau toreh satu satu ke? "

HISH ! Ngarut je tu . haha, kalau nak toreh, tak sempat lah kami nak cetak t shirt t shirt anda semua nanti. banyak tau. tapi masa pendek,tak sempatt. nanti boss marah stiki, ni tak update pun boss dah marah stiki cakap kami ni bukan nak buat kerja, berfacebook aje ye?

Haha , sudah mengarut , mari kami terangkan kepada anda secara mudah dan senang ya , maaf tak ada illustration kerana kami tak sempat nak melukis semua, ;( tapi ada contoh dari iventori kami ya. 

Lightbox Stiki ;)
Ini merupakan Light Box atau dipanggil Meja Exposure kami ,
Meja exposure ni tak susah pun nak buat, mudah saje, tetapi kalau tak tahu wayering bagai, jangan buat tau? marabahaya nanti meletup karang, block tak jadi. haha.

Kegunaan :  

Kegunaan light box ini adalah untuk memantul cahaya atau membakar design anda yang diletakkan dibawah block, block itu apa? nanti kami terangkan pada thread yang seterusnya. 

Light Box akan memantulkan cahaya kepada blok yang telah disapu dengan Photo Emulsion yang amat sensetif pada cahaya dan akan mengeras apabila didedahkan kepada cahaya. Apakah itu Photo Emulsion ? Yang itu pun kami akan terangkan pada post seterusnya. Sapuan pada block tadi akan mengeras dan akan meninggalkan bahagian yang tidak dipantulkan dengan cahaya dan akan menghasilkan design yang kita inginkan ! Mudah bukan? SALAH! pembuatan block memerlukan ketelitian dan berhati hati, kadang kadang t shirt manufacture akan mengenakan bayaran untuk blok blok yang dihasilkan untuk mencetak baju. Harga untuk satu block juga tinggi mengikut kesulitan pada design. 

KEDAI PRINTING LAIN = 1 BLOCK RM50 - 80
KEDAI STIKI COMEL     = 1 BLOCK ke atas " PERCUMA " ! so on ! ~

So? kenapa tunggu lagi, mari lah kami cetakkan, nanti kami bagi murahh . hahaha ;)



Kos Dan Keperluan Membuat Light Box :

Ini lahhh dia , maaf tak kemas, hahaha.

untuk menghasilkan Light Box , anda perlukan cermin , 6 batang lampu kalimantang ( Biasa ) , wayar 2 meter, kotak yang diubahsuai, ( In this case, kami menggunakan apa saja resource yang ada, in that particular time kami ada satu frame gambar yang tak lagi digunakan sebab dah pecah ,. haha, So kami modified sikit then jadi lah macam ni ! kung fu hhoyeahhh.

Kos yang diperlukan juga sekitar RM100 - 150 untuk full set light box. Menda petak ni ada dijual kat kedai, tapi agak mahal boleh dikatakan. RM200 - 500 untuk menda ni? tak payah lah, buat sendiri boleh jimat ;) Dalam industri seperti ini, sila berjimat cermat ya, walaupun menda tu nampak murah, tapi kalau jimat, better tak payah keluarkan langsung duit kena beli baru . kann ?


wayar yang berjuntai .


PERINGATAN !
harus di ingatkan, apabila membakar atau expose block ke atas light box, pastikan tidak lama dan lebih dari masa yang anda yakin. kerana ini akan mambuatkan block keras dan tak boleh dibasuh !

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Web Hosting